Sunday, August 8, 2010

Burung Bangau Dengan Ketam

Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasik hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasik tersebut.

Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menangkap ikan yang datang berhampiran dengannya.
Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaannya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".

Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasaan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya
Katak : "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asyik termenung dan bersedih sahaja wahai
bangau?".
Bangau :" Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasik ini."
Katak :"Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak
menghadapi sebarang masalah."
Bangau :"Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia
sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam
beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje,
hujan pun sudah lama tidak turun". Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua
penghuni di tasik ini akan mati.

Katak mengangguk- anggukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.

Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasik begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.

Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatannya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.

Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.

Thursday, July 29, 2010

Lebai Malang

Al kisah, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji dan taat ibadatnya kepada Allah ta`ala, istimewa pula perangainya tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu tinggal di sebuah dusun.
Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki ke rumahnya mengajak akan dia melawat orang mati. Maka kata Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan dahulu,. Dan seketika lagi datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai, yalah, baliklah engkau dahulu. Ada sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai keterataknya oleh hendak berdikir kenduri Maulud. Maka itu pun disanggup juga Pak Lebai, demikianlah juga katanya. Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah ke rumah masing-masing berhadirkan sekalian alatnya kerana harapkan Pak Lebai akan datang juga ke rumahnya.

Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang. Maka yang mati itu pun dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah dan yang berkenduri itu pun bertampillah berdikir, masing-masing dengan pekerjaannya.

Kelakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian daripada mereka yang ketiga itu telah kembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu berfikir di dalam hatinya, ke mana baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi kepada orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepada orang berdikir itu perut aku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu. Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang mati itu dahulu, kerana sabda junjungan dahulukan kerja wajib daripada kerja yang lain-lain.

Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikiaan, maka ia pun pergilah ke rumah orang yang kematian itu. Dengan takdir Allah ta`ala Pak Lebai bertemu dengan orang-orang yang pergi menanamkan orang mati itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata saudara si mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya.

Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu. Serta ia sampai ke sana, orang semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang empunya kerja itu, katanya, ah, ah ini pun Pak Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat datang? Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya telah habis, melainkan barang dimaafkan sahajalah hal saya ini, kerana semuanya telah habis sekali.

Maka kata Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah. Kemudian ia pun berjalan menuju ke rumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai ke sana, orang baru lepas berangkat saja, masing-masing orang pun hendak kembalilah. Maka apabila dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya, Allah mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga penatlah saya menanti tiada juga Pak Lebai sampai. Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang ada hanya sebungkus penganan saja lagi, lain semuanya sekali telah habis.

Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang disusahkan saya ini. Lalu diambilnya bungkusan lempeng itu serta berjalan pulang ke rumahnya. Kelakian, maka hari pun hampir petang Pak Lebai pun sampailah ke kampungnya lalu teringatlah ia akan air niranya di atas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun pergilah ke pohon kabung itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada singai tempat ia memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu. Dilihatnya bacuk itu penuh berisi air nira. Dengan takdir Allah, lempengnya yang ditinggalkannya di bawah itu sudah digonggong oleh anjing, dibawanya lari. Maka setelah dilihatnya oleh Pak Lebai akan hal penganannya itu digonggong oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia mencabut goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu, tiada kena. Dan diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena. Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar sekuatnya menghambat binatang bedebah itu.

Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia, tiada tentu arahnya hendak lari lagi, istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing itu pun masuklah ke dalam lubang batang kayu bersembunyi membawa bungkusan kuih yang separuh sudah dimakannya sambil lari itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu tiada, dan lain-lain benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu. Maka Pak Lebai pun oleh tersangat berang hatinya, lalu menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya, lalu disumbatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun tinggal bertelanjang bulat sahaja. Maka sianjing sial itu pun keluarlah lari mengikut lubang yang sebelah lagi yang tiada bertutup itu, mengonggong bungkusan itu dengan pantasnya masuk ke dalam hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata Pak Lebai. Maka Pak Lebai pun tercengang-cenganglah mengintai anjing itu ke sana ke mari.

Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat pada tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya dan membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itu pun betullah masuk ke dalam lubang ketiaknya, seekor disebelah kiri hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu badannya sudah tiada terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik ke atas pohon kayu yang berhampiran di situ. Setelah dilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus asanya kerana segala perkara yang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya.

Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun kembalilah kepada lubang kayu tadi hendak mengambil kain bajunya. Sekunyung-kunyung suatu pun tiada lagi, sudah diambil oleh orang. Maka pergi pula ia ke pohon kabung mencari goloknya dan bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu pun tiada lagi. Wah apatah lagi, sesal Pak Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia akan bidalan orang tua-tua, kalau secupak, takkan segantang, rezeki sudah sebanyak itu.

Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah dilihat oleh isterinya Pak Lebai bertelanjang bogel itu, marahlah ia, seraya katanya, kena apa awak demikian ini, seperti laku orang gila? Ke mana pergi seluar dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku ke atas dirinya. Maka Mak Lebai pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya ke belakang Pak Lebai seraya berkata:

‘ Lebai nasib langkahan malang,
Ke hulu hilir penat berulang
Celaka sial bedebah jembalang
Pakaian dibuang bertelanjang pulang.'

Maka Pak Lebai pun lari masuk ke dalam kelambu mencari kain, lalu duduk termenung memikirkan halnya yang telah jadi, serta dengan berangnya sebab penat dan sakit kena bahan oleh kayu api Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula:

‘ Ayuhai nasib fakir miskin,
Dapat sedekah sebungkus lempeng,
Habis hilang baju dan kain,
Penganan habis dibaham anjing.
Penat berkejar tidak terkira,
Ke sana ke mari tersera-sera,
Punah golok bersama nira,
Pulang ke rumah mendapat mara.'

Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu, adanya

Switzerland - Day 2, 2004

dalam kete cable...on d way nak pegi ke Mount Titilis...baju dah pakai 3 lapis...tapi still sejuk...






dah sampai atas..but dekat 5000ft dulu..kete cable tu
berenti stage by stage..tunggu ke stage yang paling tingi...





nih dah paling atas..yg boleh naik pakai kete cable...hehhe..kalau nak naik tinggi lagi kena mendaki..mcm yg selalu kita tgk kat dalam tv tuh......> ibu tgh posing..bersama ngan salji..

Wednesday, July 28, 2010

Switzerland - Day 1, 2004

ni gambar satu gunung kat swithzerland..masa nih dalam bas..so, ambik gambar pun dr dalam bas sebab tu cam x berape clear...






ni gambar kat tepi sungai kat pekan kecik..apa ke nama tempat tuh..Luxemberg (kalau x silap)...sbb dah lama pegi..cuma skrg baru nak cerita..(sbb br pandai buat blog..heheh)...pekan ni kul 7.00pm dah sunyi...semua kedai pun dah tutup...sejuk giler kat cni

Belgium Day 2 - 2004

kat tasik ...lupe nak nama..nnt update balik..







we all tgh minum kat starbuck belgium...hehhe...rasa kopi sana lain tau...dahler mahal..terpaksala share-share je...masa ni aktiviti bebas..sebenarnya nih tempat shopping..tapi nak shopping apanyer...semua in euro...mahal...




lunch kat one of chinese restaurant..vegi food only...no meat..
even makanan vegi...mmmm....sedap...








Belgium - 2004

smart car..masa tu..x de lagik kete nih kat Malaysia..tp, sekarang dah ader dah..penah nampak dah kat jalan... kat depan opis lama pun penah nampak gak...masa ni "jakun" skit sebab x penah nampak kete cam ni...




tgh bagi makan kat burung...jinak2 plak burung kat sana...pun jakun jugak nak bagi burung makan...hehehe







ni kat salah satu temapt yang bersejarah kat Belanda...kota apa ntah..camner buleh lupe nak buat note nama tempat nih...






ibu ngan abah berposing depan kete Merz...hhehehhe..sebenarnya nak tunjuk no plat kete...yela..no plat kete oversea...hehehhe








saje jadik budak kecil...macam x penah naik buai plak..oppss..memang x penah naik buai dalam musim sejuk...kat sana dah nak end winter time...tgh nak mula summer time...
me with mother and father in law kat airport doha..transit semalaman jugak sebelum ke destinasi seterusnya...airport sana cantik ngan canggih jugak...





sempat day tour jugak kat sana...merasa jugak menjejakkan kaki kat tempat yang area boleh dikategorikan padang pasir..heheh...beli-belah..x sempat..sempat pegi supermarket carefour jerk...mmm...






ni gambar kat swimming pool hotel...kat deck luar...lupa plak ader orang mandi ke tak kat sini...




niler gambar supermarket carefour diaorang...canggih x? mmm...besarler ngan byk decoration jugakla...sekali jer jejak kaki kat sana..bilala lagik nak sampai ekkkk